|
|
| Saturday, 9-May-2009 03:43 |
Email | Share | | Bookmark |
|
JALAN-JALAN KE PANTAI TIMUR
|
|
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 9-May-2009 02:19 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KLIA
|
|
Aku agak terlambat untuk upload foto-foto kami semasa menghantar Ana ke KLIA pada 21 March yang lalu, maklum la sibuk selalu..........
Untuk Ana, kalau ada masa untuk view foto-foto ni........... ala sama je dengan foto2 dari fp kak Mimi dan kak Imah kamu tu
Ini Ana dengan abah dan emak
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Apr-2009 09:04 |
Email | Share | | Bookmark |
|
COMPANY TRIP TO HANOI, VIETNAM
|
|
Perjalanan ini ditaja sepenuhnya oleh syarikat khas untuk pekerja sahaja........
Bergambar beramai2 sebelum memulakan perjalanan ke Airport Changi, Singapore
dalam bas ke Changi
di Changi Airport, sementara menunggu penerbangan ke Hanoi jam 3 petang
Kami sampai di Hanoi International Airport jam 7 pm waktu Malaysia, 6 pm waktu tempatan, terus dibawa makan malam di sebuah Restoran Halal di Hanoi, milik warga Malaysia yg berasal dari Kelang.
Oleh kerana agak letih, masuk ke bilik terus aku membersihkan diri, malam ni acara bebas, masing2 penat tak mau ke mana-mana...... jam 9 malam bandar Hanoi dah mati, susah nak nampak kedai2 yg masih dibuka.... apa yana boleh dibuat hanyalah memerap dalam bilik. Masa ni la aku gunakan untuk menghubungi keluarga di JB,,,,
Hari pertama lawatan.
Bangun seawal jam 6.00 pagi bukan masalah buat aku, lagipun memang tidurku tak begitu lena, teringat tangisan sendu Laili malam semalam........
Kami dibawa melawat tempat2 bersejarah yg aku dah lupa namanya, salah satunya Istana President, Istana yg pernah menjadi kediaman bekas President2 vietnam.
Ini adalah tempat di mana mayat bekas president pertama Vietnam President Ho Chi Minh di simpan dan diawet sedemikian rupa, jasadnya masih seperti asal
Di hadapan To'kong Buddha tertua di Hanoi
To'kong Bertiang Satu
Selesai lawatan disekitar bandar Hanoi kami dibawa untuk makan tengahari, juga disebuah restoran halal. Tempatnya tak lah jauh sangat, tapi agak terceruk, jalanrayanya agak sempit, tak boleh dimasuki bas, kami terpaksa menapak dalam setengah jam, baru jumpa restoran tu, pun milik orang malaysia. Di sepanjang jalan menuju restoren tu macam2 yang kami nampak... kedai2 makan di Hanoi tak ada kerusi meja untuk pelanggan, pelanggan akan makan mencangkung di tepi2 kedai, Ada ramai penjual2 buah2an dan barang2 sepeti jamtangan dan lighter... ada satu insiden yang mencuit hati apabila kami nak mengambil gambar dengan salah sorang penjaja di situ mereka meminta bayaran.... kami juga di rayu supaya membeli barangan mereka
Selepas makan kami menuju ke satu lagi destinasi kami iaitu ke Tasek Halong, lebihkurang 4 jam perjalanan dari bandar Hanoi. Dalam perjalanan kami singgah di beberapa perhentian untuk membelibelah...... salah satunya kilang kopi.... mereka kata kopi Hanoi amat sedap..... dan sudah tentu aku mencubanya....... memang sedap.......dan membeli beberapa bungkus untuk dibawa balik....... Kami singgah jugak di kilang sutera dan kilang tembikar........ sayang sekali kami tak dibenarkan ambil gambar... Dan sepanjang perjalanan itu kami dapat lihat bentuk2 rumah orang2 vietnam, kebanyakannya kecil tetapi tinggi, sampai 4 tingkat pun ada....
Dan lalulintas di Hanoi, orang Hanoi lebih banyak menggunakan motosikal, kereta tak begitu banyak kelihatan, sebabnya mudah saja, tiada kemudahan bayaran ansuran untuk membeli kereta atau apa saje, tiada bank yang menyediakan pinjaman untuk membeli rumah atau kenderaan....... Jadi tak ramai yang mampu memiliki kereta...
Dan aku tak tau la kata , pelik atau kagum....... di mana2 persimpangan yang tak ada traffic light....... kita takkan jumpa kenderaan berhenti untuk memberi laluan pada kenderaan lain, pendek kata semuanya akan terus bergerak tanpa menghiraukan kenderaan lain, maknanya masing2 kena pandai2 la nak mengelak antara satu sama lain.... sama jugak dengan orang melintas, sukati je la nak melintas kat mana2, nanti kenderaan2 yang lalu tu pandai2 la nak elak orang yg melintas tu........ patutla orang vietnam yang ada kat JB ke pasir gudang ke melintas jalan ikut suka, rupa2nya memang tu tabiat mereka di negeri sendiri..........
Sampai di Halong lebih kurang jam 6 petang, terus check in di Hotel. Malam ni kami dibenarkan jalan2 di sekitar bandar Halong, ia bukan lah bandar yang besar, deretan kedainya hanya seperti deratan pasar malam kat rumah aku je, tapi macam2 ada...
Seperti malam sebelumnya di Hanoi, tiada banyak yang boleh dilakukan kecuali lepak di bilik je...
Esok paginya...... terus check out..... heret beg lagi...... sarapan di hotel, lepas tu naik bas menuju ke tasek Halong....
Di jeti
Ribuan pulau yang terdapat di Tasek Halong
pemandangan dari atas Gua halong
jenuh jugak memanjat tangga sebelum jumpa lubang gua
Pemandangan dalam Gua Halong... Apa yang menarik kat sini?
Hasil dari batuan yg tercipta dek alam semula jadi, batu2 stalagmite dan stalagtite membentuk objek2 yang seolah2 menggambarkan sebuah cerita legenda orang2 Vietnam. Tapi ciptaan Allah ini memang cantik...........
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 26-Apr-2009 09:03 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Majlis Perkahwinan Khairul
|
|
Adik Airul akhirnya menamatkan zaman bujang,
adik ku yang masa kecilnya manja dan montel akhirnya bergelar suami.......
30 Oktober 2008 pasti menjadi hari bersejarah buatnya.
tak tau la apasal gambar ni jadi warna pink kebiruan macam ni.......
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Apr-2009 23:00 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Lagi gambar2 Hariraya 2008
|
|
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Apr-2009 13:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Hariraya tahun 2008
|
|
bersama suami dan anak-anak
abah, emak dan adik-adik
dengan adik/adik2 ipar, emak dan abah
bersama suami
dengan abah
dengan emak
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 21-Apr-2009 12:31 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan-jalan Di Kuala Lumpur
|
|
Eye On Malaysia
Di dalam Gondola- ada yang tak puashati ke bang?
Di Zoo Negara................
Penyu ni dah berusia lebih 100 tahun
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Apr-2009 03:52 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Famaily Gathering
|
|
Family gathering yg pertama kali kami adakan, tapi ada 2 family adik2 yg tak dapat ikut. tak apa lain kali harap mereka dapat ikut serta.
suasana pantai air papan di waktu pagi
sebelah malam makan sotong bakar, ikan bakar, satay....kesian yang tukang bakar sampai tak menang tangan, anak2 buah berebut2 makan......
malamnya tido dalam khemah.......anak2 lah yg lebih seronok...
ni bukan sambutan hari jadi, sengaja kami sediakan cenderahati untuk emak ngan abah, jugak upacara memotong kek, tanda penghargaan kami buat mereka....

kami bangga... semoga kasihsayang antara emak dah abah berkekalan hingga akhir hayat mereka
cenderahati untuk emak dan abah disampaikan oleh adik bongsu kami Ana
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 9-Apr-2009 01:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
10th Anniversary Syarikat
|
|
Selepas penutupan Sanwa Parts, aku joint kilang ni pulak selepas 1 tahun menganggur.
Tahun tu kilang ni menyambut ulangtahun ke sepuluh........
Tetamu kehormat (President dari HQ di Osaka) di sambut dengan tarian tradisonal.
menyambut tetamu
menyambut tetamu dan menyampaikan 'door gift'
pertandingan makan sosej
pertandingan 'Ratu'
salah seorang peserta 'Ratu'
'Ratu' bergambar dengan President kami Mr.Uyemura
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 8-Apr-2009 03:26 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tempat Kerja Lama
|
|
Sanwa Parts Malaysia, yang memulakan operasi dalam tahun 1990, bermula dengan 6 orang staff, terdiri dari seorang pengurus, seorang QC Technician dari Jepun, seorang kerani Store, seorang QC, seorang line leader dan seorang mekanik.......
Masa baru2 masuk tu macam tak percaya, kilang apa macam ni, apa pun tak ada, hari pertama masuk kerja terkejut tengok 'production floor' yang kosong.........
Siapa sangka........ akhirnya kilang yg bermula dari zero tu dapat bertahan selama 15 tahun........ dah tentu aku amat bangga kerana aku salah seorang perintisnya.....
Dengan pengambilan pekerja sedikit demi sedikit, akhirnya kami beroperasi dengan lancar dengan tenaga pekerja seramai 100 orang......
Miss Chong, Account Manager
Miss Zaleha, Sales Co-ordinator
dan aku......... Material Officer
|
|
|
|
|